surfing punya surfing.. tang tiba terlintas lam palak nak carik petua pake bibir kacak & kemerahan..
jom baca petua tok..got it from one of blogger..
Langkah 1:
Rahsia bibir cantik ialah kekalkan kesihatan dan kelembutannya
walaupun anda bukan wanita yang gemar bersolek. Lembabkan bahagian
berkenaan dan lindungi ia dengan salap bibir (lip balm) sekerap mungkin,
khususnya sebelum tidur. Amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi
sebelum tidur (gosok dengan lembut) dikatakan mampu menanggalkan sel
mati.
Langkah 2 :
Untuk memastikan solekan bibir lebih cantik dan gincu bertahan lebih
lama, ratakan sedikit penyamar noda (concealer) atau bedak asas
(foundation) supaya mudah membentuk bibir dikehendaki menggunakan
penggaris bibir, selain menutup cela yang wujud di kawasan sekitar.
Langkah 3:
Penggunaan penggaris bibir mungkin dianggap remeh, tetapi perlu bagi
individu memiliki banyak rona untuk disamakan dengan rona gincu.
Sekiranya dibandingkan dengan gincu, penggaris mampu bertahan lebih
lama. Malah untuk memastikan solekan bahagian berkenaan lebih lama,
ratakan keseluruhan bibir dengan penggaris sebelum dibalas gincu.
Langkah 4:
Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit anda. Sekiranya rona merah
jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang
lebih redup. Mencampurkan beberapa rona gincu juga mungkin idea baik
daripada membuang rona yang tidak sesuai itu.
Langkah 5:
Bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama, gunakan berus. Mendapatkan
ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian
tengah bibir, atas dan bawah.
Langkah 6:
Selalu sapukan madu pada bibir sebelum tidur kerana madu bukan saja
menjadikan bibir menjadi merah tapi menyegarkan bibir untuk menjadi
cantik dan seksi.
Langkah 7:
Ini bagi orang yang berkahwin saje taw
Orang tua kata, setiap kali kita bercium dengan isteri atau suami, bibir
kita akan menjadi ‘sihat’ dan cantik sebabnya saraf di bibir kita dalam
keadaan tegang dan relaks. So kalau dah kahwin tu, jangan lupa cium
suami/isteri hari-hari taw ..
jom sama² kita amalkan..insyaallah..sapa sik mok bibir kacak tek nak?? ☻
No comments:
Post a Comment